GRAVIOLA

GRAVIOLA
Jus Daun Durian Belanda

Graviola- Jus Daun Durian Belanda

Graviola- Jus Daun Durian Belanda
Graviola- Jus Daun Durian Belanda

SENGGUGUT


SENGGUGUT MASALAH UTAMA WANITA


Graviola Jus Daun Durian Belanda - Senggugut
Graviola Jus Daun Durian Belanda - Senggugut

Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.
Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.



Kaitan senggugut dengan kesuburan wanita

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). 

Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

Graviola Jus Daun Durian Belanda - Stokis
Graviola Jus Daun Durian Belanda - Stokis


BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. 

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini berkemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Graviola Jus Daun Durian Belanda - Senggugut3
Graviola Jus Daun Durian Belanda - Senggugut3

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

1) SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. 

Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. 

Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

2) SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. 

Mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID

Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK

Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.


TANDA-TANDA SENGGUGUT

- kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek. Kadangkala ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.

- kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

- mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.

- sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.

- terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar bersama darah haid.


Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:
~ sakit kepala
~ rasa loya
~ simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen
~ muntah-muntah
~ kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.
~ masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
~ pitam atau pengsan.


UBAT TAHAN KESAKITAN

Pada kebiasaannya, para doktor akan memberikan ubat tahan sakit semasa senggugut ini berlaku. Ia memang boleh meredakan kesakitan tetapi ia TIDAK menyembuhkan senggugut.

Walaupun begitu, ubat-ubatan berasaskan dadah ini diberikan secara berterusan dan berleluasa tanpa pesakit mengetahui kesan jangka panjangnya.

Di antara kesan dari pengambilan ubat tahan sakit adalah:

1. Masalah perut seperti gastrik dan berdarah

2. Ruam kulit dan bengkak di sekeliling mata

3. Kerosakan ginjal (buah pinggang) yang merupakan masalah kesihatan yang semakin bertambah di kalangan rakyat Malaysia

4. Kerosakan hati

5. Menyebabkan darah lambat membeku

6. Memberi kesan kepada bayi yang menyusu


FUNGSI GRAVIOLA

Graviola Jus Daun Durian Belanda - Senggugut2
Graviola Jus Daun Durian Belanda - Senggugut2

Graviola menstabilkan hormon di dalam badan serta membuang bahan-bahan toksik di dalam badan agar kita sihat selalu. Hormon 'Prostaglandin' yang berasal daripada asid lemak dapat dikawal penghasilannya supaya pengecutan rahim yang kuat dapat dielakkan.

Disamping itu juga, pengaliran Haid dapat dikeluarkan dengan lebih efektif kerana saluran darah di kawasan rahim dipulihkan. Dengan itu, tiada lagi kesakitan akibat senggugut. Tiada lagi pengambilan ubat tahan sakit dan ubat-ubat hormon berasaskan dadah yang perlu diambil setiap bulan.

Hasilnya, pengaliran Haid akan lebih teratur dan lancar. 







Kembali ke LAMAN UTAMA

Naik ke ATAS





1 comment:

Ada soalan? Sila tinggalkan di sini.

Terima kasih kerana melawat blog Graviola