GRAVIOLA

GRAVIOLA
Jus Daun Durian Belanda

Graviola- Jus Daun Durian Belanda

Graviola- Jus Daun Durian Belanda
Graviola- Jus Daun Durian Belanda

KAJIAN


KAJIAN DAN PEMBANGUNAN


Didapati terdapat banyak sebatian aktif dan bahan kimia telah ditemui didalam Graviola, hasil daripada kajian ahli-ahli sains mengenai sifat-sifatnya sejak tahun 1940-an. Penyelidekan Graviola tertumpu kepada bahan kimia yang dipanggil Acetogenins Annonaceous.

Graviola menghasilkan sebatian semula jadi dalam buah, daun, batang, kulit, dan biji. Tiga kumpulan penyelidik yang berasingan telah mengesahkan bahawa sebatian bahan kimia dalam graviola ini mempunyai ciri-ciri anti-tumor dan anti-toksik terhadap pelbagai jenis sel-sel kanser tetapi tidak merosakkan sel-sel yang sihat. Mereka telah menerbitkan lapan kajian klinikal mengenai penemuan mereka. Banyak daripada acetogenins telah menunjukkan antitoksik yang hanya memilih sel-sel tumor yang aktif. Empat kajian telah diterbitkan pada tahun 1998 menyatakan bahan kimia dan acetogenins dalam Graviola menunjukkan sifat-sifat anti-kanser, anti-tumor dan anti-virus yang tinggi. Dalam kajian klinikal pada tahun 1997, alkaloid yang dijumpai dalam Graviola menunjukkan kesan anti-depresif ke atas haiwan.

Kandungan Acetogenins Annonaceous hanya dijumpai dalam keluarga Annonaceae (Graviola). Bahan kimia ini secara umumnya telah di dokumentasikan sebagai anti-tumor, anti-parasit, anti-serangga, dan anti-mikrob. Kajian juga telah dilakukan oleh tiga makmal yang berasingan dan mendapati bahawa acetogenins ini merupakan penghalang (inhibitor) terhebat kepada proses enzim yang hanya dijumpai dalam membran sel-sel tumor kanser. Inilah sebabnya mengapa ia adalah toksik kepada sel-sel kanser tetapi tidak kepada sel-sel sihat yang lain.

Purdue University, West Lafayette, Indiana, USA telah menjalankan banyak penyelidikan ke atas acetogenins. Kajian ini kebanyakannya dibiayai oleh Institut Kanser Kebangsaan dan / atau National Institute of Health (NIH) Amerika.

Setakat ini, Purdue University dan kakitangannya telah memfailkan sekurang-kurangnya sembilan paten antarabangsa ke atas hasil kajian mereka mengenai sifat-sifat dan kegunaan acetogenins.

Pada tahun 1997, Purdue University telah menerbitkan maklumat berita bahawa beberapa acetogenins Annonaceous"bukan sahaja berkesan untuk membunuh tumor yang telah terbukti lali kepada agen anti-kanser, tetapi juga seolah-olah mempunyai pertalian khas untuk sel-sel itu bertahan." 

Dalam beberapa temu ramah selepas maklumat ini mendapat liputan, ahli farmakologi ketua penyelidikan Purdue menjelaskan bagaimana ia bekerja. Beliau menjelaskan, sel-sel kanser yang hidup selepas kemoterapi mampu membangunkan rintangan dan lali kepada ejen ubatan dan dadah yang digunakan. Fenomena ini dipanggil rintangan pelbagai dadah (Multi Drug Resistance (MDR)). Salah satu cara utama sel-sel kanser berkembang menentang ubat kemoterapi adalah dengan mewujudkan pam intercellular yang mampu menolak keluar agen agen anti-kanser dari sel sebelum ia dibunuh.

GRAVIOLA - Jus Daun Durian Belanda 2
GRAVIOLA - Jus Daun Durian Belanda


Puratanya hanya 2% dari sel kanser di mana pesakit mampu membina pump ini. 2% ini lah yang kemudiannya tumbuh dan berkembang menjadi penentang dan pelali kepada semua jenis ubat anti kanser. Dalam kajian terbaru keatas acetogenins, ia dilaporkan mampu menutup intercellular pump, lalu membunuh sel-sel penentang Rintangan Pelbagai Dadah (MDR).

Penyelidik Purdue melaporkan bahawa acetogenins khususnya membunuh sel-sel kanser penentang Rintangan Pelbagai Dadah dengan menyekat pemindahan ATP-sumber utama tenaga selular kepada mereka. Sel tumor memerlukan tenaga untuk membesar dan membiak untuk menjalankan pam dan mengusir agen-agen anti kanser. Dengan menghalang tenaga kepada sel tumor, ia tidak lagi dapat menjalankan pam. Apabila acetogenins menghalang ATP kepada sel-sel tumor dari masa ke masa, sel-sel tumor tidak lagi mempunyai tenaga yang cukup untuk menampung serangan mengakibatkan mereka mati. Sel-sel biasa dan normal jarang membangunkan pam sedemikian; dengan itu, mereka tidak memerlukan tenaga yang besar untuk menjalankan pam dan secara amnya, tidak terjejas oleh penghalang (inhibitor) ATP.

Penyelidik Purdue melaporkan setakat ini sebanyak 14 acetogenins yang berbeza telah diuji sifatnya dan kemampuan meyekat ATP (termasuk beberapa yang ditemui hanya didalam Graviola). Mereka juga melaporkan bahawa 13-14 acetogenins yang telah diuji lebih sesuai terhadap sel kanser penentang Rintangan Pelbagai Dadah (MDR) payudara dibandingkan dengan ketiga-tiga ubat biasa yang digunakan (adriamycin, vincristine, dan vinblastine) sebagai pengawal kanser payudara.

Pada bulan Mac 2002, para penyelidik Jepun telah menerbitkan satu makalah yang sangat menarik dalam kajian in-vivo. Mereka mengkaji mengenai beberapa acetogenins yang terdapat dalam beberapa spesies tumbuhan. Dalam kajian mereka, sebagai percubaan, tikus telah disuntikkan dengan sel-sel kanser karsinoma Lewis paru-paru. Mereka membuat kesimpulan bahawa annonacin, sebatian utama dalam Annona muricata L.(Graviola), adalah kurang toksik dan lebih berkesan membunuh sel-sel kanser karsinome Lewis paru-paru yang terdapat pada tikus daripada adriamycin, sejenis bahan kimia yang biasa dicampur dalam ubatan kemoterapi. Dengan sifat annonacin penentang aktiviti antitumor dan antitoksik, maka mereka mendapati bahawa annonacin boleh dimajukan sebagai ejen berpotensi sebagai antikanser.

Kajian dan penyelidikan berkaitan penyakit kanser dan bahan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini semakin kukuh dimana terdapat banyak farmaseutikal dan universiti berterusan menyiasat, menguji, berusaha mem-paten-kan dan cuba menduakan (synthesize) bahan kimia tersebut kedalam ubat-ubatan kemoterapi yang baru. Selain daripada itu, penyelidik telah mendapati dan melaporkan bahawa penghalang (inhibitor) dehydrogenase NADH yang terdapat dalam Annona Muricata L. boleh membantutkan jangkitan HIV. University of Purdue telah menghantar bahan kimia ini kepada program pemantauan anti-AIDS oleh Institut Kesihatan Kebangsaan. Bagaimanapun, penyelidikan masih terus dijalankan dalam bidang ini.


Penyelidikan keberkesanan tumbuhan durian belanda dan bahan kimia dari tumbuhan ini keatas penyakit kanser masih berterusan, beberapa syarikat farmaseutikal dan universiti masih meneruskan penyelidikkan, kajiuji, paten dan cubaan mensintesiskan kimia ini ke dalam ubatan dadah baru iaitu chemotherapeutic. Malah, Graviola seolah-olah mengikut langkah yang sama seperti ubatan dadah kanser lain yang terkenal seperti Taxol. Dimana, dari mula para penyelidik menemui kesan antitumor didalam kulit kayu pokok yew di Pasifik ini digelar taxol ditemui dan ia telah  mengambil masa selama (30) tiga puluh tahun untuk diselidiki oleh syarikat-syarikat farmasi, universiti, dan agensi-agensi kerajaan sebelum pihak FDA meluluskan buat pertama kali untuk dadah Taxol dijual kepada pesakit kanser (yang berdasarkan kimia semulajadi taxol mereka yang ditemui dalam kulit pokok).

Dengan Graviola, ia telah mengambil masa penyelidik selama hampir 10 tahun untuk berjaya mensintesiskan (membiak kimia) bahan kimia utama antitumor annonacin. Bahan kimia acetogenin mempunyai pusat yang unik, berlilin dan mempunyai sifat-sifat tenaga molekul yang unik yang gagal dikesan pada percubaan awalan, sehingga sebuah syarikat farmaseutikal yang terbesar telah berputus asa dalam proses ini (walaupun ia mengetahui bertapa aktifnya bahan kimia semula jadi ini terhadap tumor). Kini para saintis mempunyai keupayaan untuk mencipta semula kimia ini dan beberapa acetogenins aktif yang lain di dalam makmal, langkah seterusnya ialah untuk menukar bahan kimia sekadar cukup (tanpa kehilangan apa-apa tindakan antitumor dalam proses) untuk menjadi bahan kimia yang boleh dipatenkan dan bertukar menjadi sejenis ubat kanser baru yang telah dipatenkan. (Sebab bahan kimia tumbuhan semulajadi tidak boleh dipatenkan.)


Setakat ini, para ahli saintis masih gagal dan kecewa lagi, setiap kali mereka ingin menukarkan bahan kimia dari durian belanda kepada bahan tiruan agar dapat dipatenkan, mereka kehilangan banyak cirri-ciri dan unsur ubatan antitumor.

Kajian-kajian di Purdue University telah membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel-sel kanser secara berkesan, terutamanya Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Manakala satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah di jalankan, maka Graviola/ Durian Belanda merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna dan berharga kepada dunia perubatan masakini.

GRAVIOLA - Jus Daun Durian Belanda Botol
GRAVIOLA - Jus Daun Durian Belanda




KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA
------------------------------------------

Hasil ujikaji, didapati bahawa Daun Durian Belanda ini:

1) Anti Kanser (anti-Cancerous)
  • Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan.
  • Tidak seperti terapi kemo, daun dan ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
  • Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  • Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  • Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  • Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.


2) Menghilangkan Kemurungan/Stress (Kicks Out Depression)
Daun Graviola dikenali mempunyai banyak sifat yang dapat meringankan kemurungan. Daun ini adalah kaya dengan alkaloid tertentu. Ia bertindak dengan merangsang otak untuk menghasilkan beberapa tindakbalas kimia yang meringankan kemurungan, membuat orang itu merasa gembira dan rasa mencukupi. Walau bagaimanapun, ada kajian tertentu telah meyalahkan alkaloid ini kerana khusus telah menyebabkan penyakit Parkinson dengan menjejaskan sistem saraf apabila dimakan dalam satu jangka masa yang lama.

3) Meringgankan Tekanan Darah Tinggi (Alleviates Hypertension)
Daun durian belanda telah digunakan selama bertahun-tahun untuk menormalkan tekanan darah tinggi, dengan ini, mencegah berlakunya tekanan darah tinggi, (yang dikenali "pembunuh senyap") mengakibatkan pembinasaan kepada kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri. Orang yang mengambil ubat anti-hipertensi perlu menyemak dengan doktor mereka sebelum mengambil Graviola dan memantau tekanan darah mereka dengan sewajarnya (rawatan memerlukan pengubahsuaian).

4) Anti serangga (Antimicrobial)
Daun durian belanda (Graviola) telah digunakan selama berabad-abad di negara-negara yang tinggal di  sepanjang tepi hutan Amazon untuk menyembuhkan jangkitan yang disebabkan dari cacing, parasit, bakteria dan kulat. Ia juga mempunyai kemampuan untuk membunuh dan melupuskan mikroorganisma yang berbahaya daripada tubuh. Ini membantu dalam pembersihan sistem dalaman badan, membuang toksik dari badan secara semula jadi.

5) Anti radang (Anti Rheumatoid)
Daun durian belanda (Graviola) digunakan secara penggawalan (topically) untuk melegakan sakit radang dan bengkak yang dikaitkan dengan artritis reumatoid. Sifat antinociceptive yang terdapat dalam daun telah terbukti dapat mengurangkan rasa kesakitan pada haiwan.

6) Menyahkan Demam (Suppresses Fever)
Kaum Asli kepulauan Caribbean dan penduduk Haiti telah menggunakan jus daun dan buah untuk merawat demam. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Pangkalan Data Tumbuhan “Pemakanan Raintree Tropika” (Raintree Nutrition’s Tropical), bahagian tumbuhan ini mempunyai ciri dan sifat menyejukkan suhu badan, dapat memberikan kelegaan serta-merta.


7) Gout
Daun durian belanda dapat mengurangkan paras asid urik dalam darah. GRAVIOLA berupaya menghapuskan kristal pada sendi terbabit melalui sistem pembuangan.

8) Meredakan sakit pinggang
Amalkan meminum GRAVIOLA sebanyak 3 kali sehari. Pada awal pengambilannya, anda mungkin akan mengalami sakit pinggang sebagai tindakbalas herba tersebut. Teruskan pengambilan herba tersebut. Setelah beberapa hari kemudian, pinggang akan terasa sangat ringan.

9) Melegakan Rheumatik
Sudah ramai yang membuktikan bahwa daun durian belanda berkhasiat untuk mengubati rheumatik. Caranya sangat mudah. Hanya minum GRAVIOLA 3 kali sehari.


10) Masalah Sukar Tidur
Amalkan meminum GRAVIOLA secara konsisten.

11) Menghapuskan Kolestrol dalam darah
Mencegah terjadinya Plak Atherosklerosis dengan mengurangkan paras kolesterol berlebihan dalam darah. Plak Aterosklerosis yang telah ada pada dinding saluran darah akan dikikis perlahan-lahan sehingga darah dapat mengalir dengan sempurna.

12) Kencing Manis (Diabetes)
Sila rujuk rawatan untuk Diabetes dengan pengambilan GRAVIOLA.

13) Sebagai ramuan tradisional anti kejang
Di Ecuadorian daerah Esmeraldas, rebusan daun durian belanda diminum sebagai melegakan kesakitan dan kramp/kejang otot. Kandungan sedative dalam herba ini membantu mengurangkan kekejangan otot. Amalkan minum air rebusan 2 kali sehari.

14) Melegakan Gastrik
Daun durian belanda membantu mengatasi masalah penghadaman (indigestion) dan menyembuhkan luka-luka di dalam esofagus, perut dan usus. GRAVIOLA ini juga membersihkan saluran usus. Sebagai tindakbalasnya, najis akan kelihatan kehitaman dan berbau. Ini berterusan sehingga usus kembali normal. Maknanya, usus perut telah dibersihkan.

15) Masalah Resdung
Herba ini membunuh bakteria yang menyebabkan resdung. Jangan hairan kalau terjadi panas badan dan hidung akan berair beberapa jam selepas pengambilannya. Amalkan meminum 3 kali sehari sehingga hidung terasa selesa dan hilang gatal-gatal di sekitar hidung dan alis mata. Selepas sihat semula, minum GRAVIOLA sekali sehari sebagai langkah pencegahan.

16) Awet muda
Untuk penjagaan kulit supaya sentiasa sihat, bersih dan kenyal, amalkan meminum GRAVIOLA. Jika diamalkan, GRAVIOLA berupaya berfungsi juga sebagai agen awet muda.

17) Masalah Jerawat
Sifat anti bakteria daun durian belanda membantu merawat jerawat. Rawatan haruslah dari dalam badan dan dan luar. Amalkan minum GRAVIOLA 2 kali sehari agar kuman bakteria yang terdapat pada lapisan kulit yang mengeluarkan nanah dihapuskan.


18) Alahan
Alahan disebabkan oleh darah yang mengandungi toksik yang berlebihan. GRAVIOLA membantu menyahkan toksik dari dalam darah dan melancarkan peredaran darah. Minum GRAVIOLA 3 kali sehari sehingga kesan-kesan alahan hilang dan amalkan 1 kali sehari untuk menjaga kesihatan.

19) Asma/ Lelah
GRAVIOLA membersihkan saluran udara dan darah. Daun durian belanda membantu melegakan asma/ lelah. Amalkan minum GRAVIOLA dengan konsisten dan anda akan dapati asma akan hilang. Sebagai tindakbalasnya, kekadang terjadi pengeluaran hingus yang pekat melalui ludah ataupun muntah. 

20) Batu Karang (dalam hempedu/ buah pinggang)
Amalkan minum 3 kali sehari. GRAVIOLA bertindak memecahkan batu karang tersebut dan batu karang tersebut akan hancur dan keluar melalui sistem perkumuhan badan.

21) Sakit perut dan cirit birit
GRAVIOLA melegakan sakit perut dan cirit birit. Sifat anti bakteria dan antiseptic daun durian belanda menghapuskan kuman bakteria yang menyebabkan sakit perut.

22) Sengugut
Amalan meminum GRAVIOLA boleh menghapuskan kesakitan akibat sengugut. Herba ini akan membantu melancarkan peredaran darah dan menghentikan pengecutan salur darah pada rahim yang menyebabkan senggugut.

23) Meningkatkan daya ingatan
GRAVIOLA membantu melegakan dan menenangkan fikiran sehingga daya ingatan akan menjadi semakin baik. Baik untuk mereka yang menghidap penyakit nyanyuk/ alzheimer. 

24) Menambahkan susu ibu
Membantu menambahkan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi serta membantu meningkatkan kesuburan serta awet muda. Air susu akan lancar dan bertambah banyak, disamping badan rasa lebih kuat dan sihat.

25) Kelesuan/ lemah tenaga batin
Amalan meminum GRAVIOLA akan melancarkan peredaran  darah di seluruh badan dan pada alat sulit. Apabila darah lancar pada alat sulit, secara tidak langsung ianya akan berereksi dengan lebih cepat dan menambahkan ketegangan. Anda akan merasa lebih bertenaga dan segar.

26) Menghapuskan kutu rambut
Bagi masalah kutu rambut pada manusia ataupun haiwan, campurkan satu penutup GRAVIOLA kedalam satu gayung air. Cuci rambut sehingga basah kuyup dan biarkan seketika agar GRAVIOLA meresap kedalam kutu di rambut. Biarkan sehingga kering. Amalkan beberapa hari. Semua kutu akan mati disebabkan daun durian belanda mengandungi kandungi anti serangga dan anti bakteria yang kuat.


27) Mengubati luka
Ambil kapas dan basahkan dengan GRAVIOLA. Tampalkan pada luka. Amalkan langkah tersebut sehingga luka sembuh. 


28) Mengubati bisul
Basahkan kapas dengan GRAVIOLA dan tampalkan pada bisul tersebut. Biarkan tempelan tersebut sehingga kering dan sekiranya bisul masih belum sembuh, ulangi langkah tadi sehingga nanah pada bisul habis dihisap keluar oleh daun durian belanda.


Ikhtiar yang disenaraikan di atas adalah hasil kajian yang telah dilakukan secara saintifik. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa kesembuhan itu milik Allah.

Kita hanya berusaha dan berharap agar iktiar kita yang berterusan akan diberikan kesembuhan oleh Allah.

Terdapat juga doa-doa tertentu yang patut diamalkan khusus untuk sakit tertentu. Sila rujuk kepada para Ustaz / Ustazah agar ikhtiar kita lebih sempurna.

Terima kasih

GRAVIOLA - Jus Daun Durian Belanda Teh
GRAVIOLA - Jus Daun Durian Belanda

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Sila tinggalkan di sini.

Terima kasih kerana melawat blog Graviola